Tajuk : Teknik Membaca KWLH
Pengenalan
Yahya Othman teknik ini diperkenalkan oleh
Donna Ogle (1986) dan penting bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Model
membaca ini berfungsi bagi menjana pemikiran yang aktif ketika membaca.
K(Know) – apa yang diketahui
W(Want) – apa yang hendak
diketahui
L(Learned)- apa yang hendak
dipelajari semasa membaca bahan bacaan itu.
H(How) – tambahan berkenaan tajuk
yang dibaca
Teknik membaca KWLH adalah suatu teknik membaca secara
kritis supaya pembaca dapat meninjau :
- Apa yang sudah diketahui?
- Apa yang akan diketahui?
- Apa yang sudah dipelajari selepas membaca?
- Bagaimana perkara–perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari?
Tujuan :
- Membaca secara kritis.
- Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.
- Mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
- Mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi.
- Meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah –langkah pelaksanaan:
- Kenal pasti bahan yang hendak dibaca.
- Sediakan jadual seperti contoh di bawah.
- Buat catatan bagi perkara yang berkaitan di dalam jadual itu.
Cuba anda isikan ruangan yang disediakan
dalam jadual di bawah berdasarkan petikan yang anda pilih :
Tajuk : ______________________________________
K
(Apa yang sudah
diketahui)
|
W
(Apa yang hendak
diketahui)
|
L
(Apa yang sudah
dipelajari)
|
H
(Bagaimana maklumat
tambahan hendak dipelajari)
|
Kelebihan Dan Kekurangan Teknik KWLH
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Strategi pembacaan menggunakan teknik ini lebih berkesan
|
Pembacaan
kurang berkesan jika pelajar tidak mempunyai pengalaman yang lalu.
|
Dapat menjana idea pelajar dalam pembacaan
|
Pelajar
tidak dapat menjana idea jika kurang pembacaan
|
Mengaplikasi pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami teks
|
Tidak
dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami
teks yang dibaca
|
Dapat membayangkan dan menentukan apa yang ingin diketahui
|
Tidak
dapat membayangkan dan menentukan apa yang ingin dibaca
|
Dapat menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat
pembacaan seterusnya)
|
Sukar
untuk pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan teks yang dibaca sebelum
ini.
|
RUJUKAN
:
Yahya
Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi Panduan Meningkatkan
Kemahiran Mengajar Membaca. Pts Publications & Distributor SDN.BHD
No comments:
Post a Comment