BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA

MARILAH KITA MEMBACA, MEMBACA BUDAYA BERWAWASAN

Thursday 4 December 2014

Rumusan

Pemilihan kedua-dua jenis teknik di atas adalah sangat bersesuaian dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran masa kini di sekolah bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru oleh guru di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu proses P&P berlangsung baharu mereka boleh mencatat isi penting daripada penyampaian guru pada hari itu. Pelajar yang memilih teknik KWL mampu meransang pemikiran secara aktif semasa proses membaca agar pelajar dapat melatih diri mereka sendiri untuk menjawab setiap persoalan bagaimana dan mengapa secara kritis dan analitik supaya boleh mentafsir, menilai kembali maklumat yang telah dibaca. Pelajar akan lebih bergiat aktif sewaktu melakukan proses pembacaan menggunakan teknik ini ekoran lebih banyak berfikir dan penyoalan kepada diri mereka sendiri yang mana dipercayai mampu melatih diri mereka untuk lebih memahami petikan teks yang sedang dibacanya.


Sementara teknik mencatat nota sewaktu melakukan proses membaca juga sangat penting bagi menentukan pemahaman mereka terhadap isi kandungan petikan teks yang sedang dibacanya. Berikutan terdapat pelbagai bentuk grafik nota yang selesa digunakan mengikut kesesuaian teks semasa maka pelajar perlu bijak memilih grafik yang sesuai agar mudah untuk mereka membuat rujukan kembali sewaktu menelaah semula bagi tujuan peperiksaan. Antara grafik yang biasa digunakan ialah jenis deskripsi, urutan masa, penyelesaian masalah, sebab-akibat, definisi-contoh dan persamaan-perbezaan. Bagi menarik minat untuk membaca semula hasil nota ringkas yang telah dibuat, pelajar haruslah kreatif sewaktu menghasilkannya agar kelihatan menarik perhatian untuk membaca berulang kali. 

Kepentingan Teknik Salin Nota dan Teknik KWLH dalam P&P


Mukadimah



Melalui pembacaan, dapat melahirkan modal insan kelas pertama selaras dengan kemajuan negara menjadi lebih matang dan progresif.  Oleh itu, membaca adalah kunci khazanah ke arah untuk menentukan kehidupan seseorang, di mana maju atau mundurnya kehidupan, pemikiran dan negaranya.

Membaca juga merupakan suruhan atau perintah daripada Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam ayat pertama dalam suruh Al-Alaq ayat 1 hingga 5.  Firman Allah yang bermaksud :


Wednesday 3 December 2014

Tajuk : Teknik Membaca KWLH

Pengenalan
Yahya Othman teknik ini diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986) dan penting bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Model membaca ini berfungsi bagi menjana pemikiran yang aktif ketika membaca.

K(Know) – apa yang diketahui
W(Want) – apa yang hendak diketahui
L(Learned)- apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan itu.
H(How) – tambahan berkenaan tajuk yang dibaca

Teknik membaca KWLH adalah suatu teknik membaca secara kritis supaya pembaca dapat meninjau :
  1. Apa yang sudah diketahui?
  2. Apa yang akan diketahui?
  3. Apa yang sudah dipelajari selepas membaca?
  4. Bagaimana perkara–perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari?

Tujuan :
  •  Membaca secara kritis.
  • Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan perkara yang dibaca.
  •  Mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
  •  Mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang perlu diketahui lagi.
  •  Meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan sesuatu bahan yang dibaca.

Langkah –langkah pelaksanaan:
  • Kenal pasti bahan yang hendak dibaca.
  •  Sediakan jadual seperti contoh di bawah.
  •  Buat catatan bagi perkara yang berkaitan di dalam jadual itu.

Cuba anda isikan ruangan yang disediakan dalam jadual di bawah berdasarkan petikan yang anda  pilih : 
     
      Tajuk : ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­______________________________________



K
(Apa yang sudah diketahui)
W
(Apa yang hendak diketahui)
L
(Apa yang sudah dipelajari)
H
(Bagaimana maklumat tambahan hendak dipelajari)









Kelebihan Dan Kekurangan Teknik KWLH


Kelebihan
Kekurangan
        Strategi pembacaan menggunakan teknik ini lebih berkesan
Pembacaan kurang berkesan jika pelajar tidak mempunyai pengalaman yang lalu.
         Dapat menjana idea pelajar dalam pembacaan
Pelajar tidak dapat menjana idea jika kurang pembacaan
         Mengaplikasi pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami teks
Tidak dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami teks yang dibaca
         Dapat membayangkan dan menentukan apa yang ingin diketahui
Tidak dapat membayangkan dan menentukan apa yang ingin dibaca
            Dapat menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Sukar untuk pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan teks yang dibaca sebelum ini.





RUJUKAN :

      Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Pts Publications & Distributor SDN.BHD




Tuesday 2 December 2014

Tajuk: Teknik Pengambilan Nota Berstruktur.

Pengenalan:

Definisi Pengambilan Nota Berstruktur:

Pengambilan nota berstruktur (PNB) merupakan satu teknik di mana guru menggunakan organisasi grafik dalam usaha membantu pelajar mengesan atau mengenal sesuatu bahan yang terdapat dalam teks untuk mengambil nota daripada bahan teks yang dibaca.

Pelajar yang mengambil nota secara ini terpaksa memberi tumpuan yang teliti dan mendalam terhadap isi bahan teks kerana semasa membaca teks, pelajar dikehendaki mengesan maklumat penting serta maklumat sokongan yang terdapat dalam teks tersebut. Maklumat tadi kemudiannya ditulis semula dalam bentuk nota berstruktur.

Pengambilan nota secara berstruktur ini dapat membantu pelajar menguasai sesuatu teks sesuatu maklumat teks dengan mudah dan berkesan serta dapat mengingat maklumat tersebut dalam jangka masa yang lama.

Prosedur :
  1. Guru memilih  satu petikan teks yang sesuai.
  2. Daripada petikan tersebut, guru bersama pelajar cuba mencari beberapa perkataan dan frasa yang boleh digunakan untuk membina struktur organisasi.
  3. Guru dan pelajar memindahkan perkataan dan frasa yang boleh dijadikan organisasi grafik,
  4. Seterusnya, guru membimbing pelajar mengenali dan mengesan kata dan frasa yang boleh didapati daripada teks.
  5. Berdasarkan idea utama dan idea sokongan yang diperoleh daripada teks tadi, guru dan pelajar cuba mencipta organisasi grafik yang sesuai dan menunjukkan kepada pelajar dengan bantuan projector overhed.
  6. Guru memberi teks kepada beberapa kumpulan pelajar untuk melakukan gerak kerja seperti gambar rajah organisasi grafik struktur teks.
  7. Guru mengawasi gerak kerja ini dengan rapi.
  8. Apabila selesai ketua kumpulan pelajar diminta membentangkan dalam kelas dengan menggunakan projector overhed.
  9.  Apabila selesai pembentangan, guru mengarahkan pelajar dari kumpulan lain memberi komen










 Contoh Organisasi Grafik Struktur Teks  










j

     Berdasarkan teks yang dipilih, hanya rajah 1,2 dan 6 sahaja yang sesuai dalam proses menghasilkan
     nota berstruktur tersebut. 

 

        Kelebihan dan Kekurangan  Teknik Pengambilan Nota secara Bertsruktur.


Kelebihan
Kekurangan

        Memberikan panduan yang penting dan jelas dari segi penulisan dan pembacaan.

           Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan ringkasan terhadap sesuatu isi teks.
        Murid bebas menukarkan struktur organisasinya sendiri.

           Menyukarkan murid untuk membaca nota garfik  kerana susunan nota tersebut terlalu padat.

        Memudahkan murid lebih memahami isi pelajaran.

           Nota yang dihasilkan sendiri menyukarkan orang lain untuk memahami nota tersebut.

        Menarik minat murid untuk membaca nota ringkas yang dihasilkan sendiri.

           Memerlukan huraian yang tersendiri semasa proses memahami sesuatu isi teks kerana hanya terdapat kata kunci sahaja di dalam nota.

             Memudahkan  murid untuk mengulangkaji dengan mudah dan pantas.
        Memerlukan tahap kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan sebuah nota ringkas dan bermanfaat.




   
         Rujukan : 
       Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998). Penguasaan Kemahiran Membaca "Kaedah & Teknik Membaca. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN. BHD.