BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA

MARILAH KITA MEMBACA, MEMBACA BUDAYA BERWAWASAN

Thursday 4 December 2014

Rumusan

Pemilihan kedua-dua jenis teknik di atas adalah sangat bersesuaian dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran masa kini di sekolah bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru oleh guru di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu proses P&P berlangsung baharu mereka boleh mencatat isi penting daripada penyampaian guru pada hari itu. Pelajar yang memilih teknik KWL mampu meransang pemikiran secara aktif semasa proses membaca agar pelajar dapat melatih diri mereka sendiri untuk menjawab setiap persoalan bagaimana dan mengapa secara kritis dan analitik supaya boleh mentafsir, menilai kembali maklumat yang telah dibaca. Pelajar akan lebih bergiat aktif sewaktu melakukan proses pembacaan menggunakan teknik ini ekoran lebih banyak berfikir dan penyoalan kepada diri mereka sendiri yang mana dipercayai mampu melatih diri mereka untuk lebih memahami petikan teks yang sedang dibacanya.


Sementara teknik mencatat nota sewaktu melakukan proses membaca juga sangat penting bagi menentukan pemahaman mereka terhadap isi kandungan petikan teks yang sedang dibacanya. Berikutan terdapat pelbagai bentuk grafik nota yang selesa digunakan mengikut kesesuaian teks semasa maka pelajar perlu bijak memilih grafik yang sesuai agar mudah untuk mereka membuat rujukan kembali sewaktu menelaah semula bagi tujuan peperiksaan. Antara grafik yang biasa digunakan ialah jenis deskripsi, urutan masa, penyelesaian masalah, sebab-akibat, definisi-contoh dan persamaan-perbezaan. Bagi menarik minat untuk membaca semula hasil nota ringkas yang telah dibuat, pelajar haruslah kreatif sewaktu menghasilkannya agar kelihatan menarik perhatian untuk membaca berulang kali. 

No comments:

Post a Comment