BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA

MARILAH KITA MEMBACA, MEMBACA BUDAYA BERWAWASAN

Tuesday 2 December 2014

Tajuk: Teknik Pengambilan Nota Berstruktur.

Pengenalan:

Definisi Pengambilan Nota Berstruktur:

Pengambilan nota berstruktur (PNB) merupakan satu teknik di mana guru menggunakan organisasi grafik dalam usaha membantu pelajar mengesan atau mengenal sesuatu bahan yang terdapat dalam teks untuk mengambil nota daripada bahan teks yang dibaca.

Pelajar yang mengambil nota secara ini terpaksa memberi tumpuan yang teliti dan mendalam terhadap isi bahan teks kerana semasa membaca teks, pelajar dikehendaki mengesan maklumat penting serta maklumat sokongan yang terdapat dalam teks tersebut. Maklumat tadi kemudiannya ditulis semula dalam bentuk nota berstruktur.

Pengambilan nota secara berstruktur ini dapat membantu pelajar menguasai sesuatu teks sesuatu maklumat teks dengan mudah dan berkesan serta dapat mengingat maklumat tersebut dalam jangka masa yang lama.

Prosedur :
  1. Guru memilih  satu petikan teks yang sesuai.
  2. Daripada petikan tersebut, guru bersama pelajar cuba mencari beberapa perkataan dan frasa yang boleh digunakan untuk membina struktur organisasi.
  3. Guru dan pelajar memindahkan perkataan dan frasa yang boleh dijadikan organisasi grafik,
  4. Seterusnya, guru membimbing pelajar mengenali dan mengesan kata dan frasa yang boleh didapati daripada teks.
  5. Berdasarkan idea utama dan idea sokongan yang diperoleh daripada teks tadi, guru dan pelajar cuba mencipta organisasi grafik yang sesuai dan menunjukkan kepada pelajar dengan bantuan projector overhed.
  6. Guru memberi teks kepada beberapa kumpulan pelajar untuk melakukan gerak kerja seperti gambar rajah organisasi grafik struktur teks.
  7. Guru mengawasi gerak kerja ini dengan rapi.
  8. Apabila selesai ketua kumpulan pelajar diminta membentangkan dalam kelas dengan menggunakan projector overhed.
  9.  Apabila selesai pembentangan, guru mengarahkan pelajar dari kumpulan lain memberi komen










 Contoh Organisasi Grafik Struktur Teks  










j

     Berdasarkan teks yang dipilih, hanya rajah 1,2 dan 6 sahaja yang sesuai dalam proses menghasilkan
     nota berstruktur tersebut. 

 

        Kelebihan dan Kekurangan  Teknik Pengambilan Nota secara Bertsruktur.


Kelebihan
Kekurangan

        Memberikan panduan yang penting dan jelas dari segi penulisan dan pembacaan.

           Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan ringkasan terhadap sesuatu isi teks.
        Murid bebas menukarkan struktur organisasinya sendiri.

           Menyukarkan murid untuk membaca nota garfik  kerana susunan nota tersebut terlalu padat.

        Memudahkan murid lebih memahami isi pelajaran.

           Nota yang dihasilkan sendiri menyukarkan orang lain untuk memahami nota tersebut.

        Menarik minat murid untuk membaca nota ringkas yang dihasilkan sendiri.

           Memerlukan huraian yang tersendiri semasa proses memahami sesuatu isi teks kerana hanya terdapat kata kunci sahaja di dalam nota.

             Memudahkan  murid untuk mengulangkaji dengan mudah dan pantas.
        Memerlukan tahap kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan sebuah nota ringkas dan bermanfaat.




   
         Rujukan : 
       Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998). Penguasaan Kemahiran Membaca "Kaedah & Teknik Membaca. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN. BHD.

                                                 



No comments:

Post a Comment