Pemilihan kedua-dua jenis teknik di atas adalah sangat
bersesuaian dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran masa kini di sekolah bagi
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru oleh
guru di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu memberikan tumpuan
yang sepenuhnya sewaktu proses P&P berlangsung baharu mereka boleh mencatat
isi penting daripada penyampaian guru pada hari itu. Pelajar yang memilih
teknik KWL mampu meransang pemikiran secara aktif semasa proses membaca agar
pelajar dapat melatih diri mereka sendiri untuk menjawab setiap persoalan
bagaimana dan mengapa secara kritis dan analitik supaya boleh mentafsir,
menilai kembali maklumat yang telah dibaca. Pelajar akan lebih bergiat aktif
sewaktu melakukan proses pembacaan menggunakan teknik ini ekoran lebih banyak
berfikir dan penyoalan kepada diri mereka sendiri yang mana dipercayai mampu
melatih diri mereka untuk lebih memahami petikan teks yang sedang dibacanya.
Sementara teknik mencatat nota sewaktu melakukan proses
membaca juga sangat penting bagi menentukan pemahaman mereka terhadap isi
kandungan petikan teks yang sedang dibacanya. Berikutan terdapat pelbagai
bentuk grafik nota yang selesa digunakan mengikut kesesuaian teks semasa maka
pelajar perlu bijak memilih grafik yang sesuai agar mudah untuk mereka membuat
rujukan kembali sewaktu menelaah semula bagi tujuan peperiksaan. Antara grafik
yang biasa digunakan ialah jenis deskripsi, urutan masa, penyelesaian masalah,
sebab-akibat, definisi-contoh dan persamaan-perbezaan. Bagi menarik minat untuk
membaca semula hasil nota ringkas yang telah dibuat, pelajar haruslah kreatif
sewaktu menghasilkannya agar kelihatan menarik perhatian untuk membaca berulang
kali.